~a big thanx 4 droppin by 2 d spot where i shout, i curse, i'm bitchin9 n sumtimes i cry. doesn't mean to offend anybody. chill ^o^ after all. diz is my asylum
RSS

Tuesday, November 18, 2008

BERSAMA MEMBUNUH MASA DENGAN GEMBIRA

sabtu, 15nov08.

tulisan kali ini adalah panjang berjela. jika tak mahu muntah, sila jangan baca.

keluar dari rumah emi, jam 5lebih. berkereta ke east coast mall untuk menjenguk2 struktur bangunan dan bermain2 di dalam fitting room kedai2. adakah butik? kedai.
setelah kena marah di BRAND SHOP, *ciss!!nak marah pulak. skati aku la kan.* shop=kedai. kami meneruskan perjalanan untuk membeli jagung di dalam cawan. sedap. makan di depan kedai athome, lalu keluar dari east coast mall untuk melawat tempat bersejarah lain iaitu Kuantan Megamall.

kami.yang.tiada.kerja

kami.lagi.lebih.bersedia.senyum!

pilih.pilih.pilih

masih.bosan.tiada.kerja

cuba.tapi.tidak.suka.gatal.

saja.gedik.gembira

angkat.tangan.snap.gambar

saya.gila.tidak

tidak.nampak.camera

sini paling bersejarah sebab 4tahun duduk kuantan, megamall adalah tempat yang dituju. east coast mall dibuka, belum sampai setahun. walaupun megamall tiada big apple, tiada padini, tiada mng outlet, tiada baskin robbin. ya. megamall memang kurang dari banyak segi. megamall juga adalah bangunan yang retak disana sini. dulu, aku ingatkan itu adalah corak yang cantik. bangunan berwarna hijau, ada corak senget2 disana sini berwarna putih. aku sempat suruh b cat rumah kami nanti corak seperti itu kerana kelihatan best. rupanya ianya adalah retak. *hmmph*

emi dan hafiz.makan

oshin.pegang.saja

hani.makan.ayam.bubur

aku? tiada dalam gambar kerana aku tukang ambil gambar orang makan dan aku makan tanpa gangguan. *peace*


di megamall, kami makan d mcD. ayam goreng sangat best. servis mcD mega x selembap mcD teluk cempedak. sangat celake mcD TC. aku benci! makan2, z pon sampai. memekak2 sekejap, lalu ber kelang kabut pergi watson untuk membeli berus gigi oshin dan hani. mereka x bawa sebab x plan nak tidur rumah emi. lepas beli berus gigi, kami turun ke parkson untuk mencari baju dan undergarment. semestinya kerana mereka tidak membawanya. x kan nak berjalan2 di bandar kuantan sampai membawa berus gigi dan baju2 segala. lepas pilih2, nak pergi bayar. ke kaunter 3, tutup lalu kami disuruh ke kaunter 2. sampai di kaunter 2, tutup juga lalu kami ke kaunter 1. nasib baik balum tutup. chelanat la kalau tutup juga. aku xpasti jika wujud kaunter 0 disitu.


emi yang pergi membeli tiket wayang mengatakan tempat duduk hanya tinggal di depan sahaja. kami tidak mahu! tidak sanggup mendongakkan kepala sebanyak 35 darjah untuk menonton quantum of solace. lalu, kami mengubah haluan untuk ke karoaoke box sahaja. tetapi, kami ramai. tidak muat untuk memampatkan molekul kami di dalam kotak kecil itu. hafiz menyatakan di centre point ada karaoke bilik2. lalu kami pun kesana. sebelum itu, aku harus meminta kebenaran untuk ke karaoke jenis itu. bukan apa. hanya tidak mahu kejadian awal tahun lepas berulang lagi. nanti jika ada masa terluang, akan aku ceritakan.


kami di karaoke centre point, tempat yang gelap, ramai pakcik2 dan akak2. seram juga. ada ruang yang luas dan sebiji tv tergantung. mereka menyanyi bergilir2 disitu. ada seorang akak dan pakcik, membawa budak2 kecil berbaju tidur. muka yang sangat mengantuk. mengapa membawa kanak2 ke tempat begitu pada waktu begini? jam 11:30pm. biarkan mereka. tapi memang kasihan kanak2 itu. owh. sebelum terlupa. mungkin akak itu merupakan ibu kanak2 tersebut. akak itu sempat mempamerkan aksi 'headbang' (aksi angguk2 kepala pusing2) semasa seorang pakcik menyanyikan lagu yang bervideo klip ganas. jam 11:30 kami dapat giliran masuk. b akan datang sekejap lagi.
*sangat gembira*
memilih lagu didalam gelap sangat sukar. senarai lagu yang tidak tersusun. tidak tahu lagu2 lama. tidak tahu tajuk lagu yang mahu dinyanyikan. susahnya untuk berkaraoke. 1jam=rm30. aku rasa sangat mahal. bilik dengan kerusi plastik dan sofa hijau yang sudah terasa kayu2nya. berhabuk. kami tetap menyanyi untuk cuba bergembira. akhirnya kami berjaya. walaupun silap tekan lagu. silap lirik. silap nada. kami nyanyi saja.

camera.atas.kereta.gmbar.gelap


panaskan.mulut

membaca.senarai.lagu

kami.kami.kami.lagi

mereka.emi.hafiz


pasangan.drama.peti.suara

b.gaya.sendiri.cucuk.hidung *wink*

hafiz.menyanyi.menghayati. *;)*

gila.x.gembira

ya.gila


suka.ceria.ada.cinta

hani.silakan.terbang.tinggi


banyak titik putih. ada orang kata, entiti? makhluk kecil? tapi b kata, habuk. kalau entiti, takut. kalau habuk? sial. aku bayar mahal, kau bagi bilik penuh dengan habuk! tiada makan dan minum. kayu sofa terasa mencucuk tulang bontot.

tiada.maksud.apa.apa

mereka.gembira

ini.ya.b.lapar.
aku ingatkan b membuat aksi yang mengumumkan aku sebagai juara. rupanya. salah. tangan aku bakal dimakan. tidak!
b memang belum makan malam itu. aku fikir b sanggup berlapar kerana tidak mahu ketinggalan menonton cerekarama di tv3. rupanya, b mahu menonton predator. tak tahu tv berapa.
sesi karaoke bersambung menjadi 2 jam.

------------------------------------------------------------------------------------------
kami sangat gembira kerana dapat berseronok bersama. memandangkan selepas ini, sangat susah untuk kami berkumpul semula. masing2 sudah ada komitmen sendiri. diharap kerja tidak akan menyekat kami untuk bersama semula.


LOVE will always be upon us.


**berkenaan tajuk entry kali ini. adakah membunuh boleh mendatangkan kegembiraan? ya. membunuh masa **

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comment:

oshin said...

begini yer blog yg bgus..
byk unsur2 gmb..
juga blogger yg sgt cintakan bahasa..huahuahaua..