~a big thanx 4 droppin by 2 d spot where i shout, i curse, i'm bitchin9 n sumtimes i cry. doesn't mean to offend anybody. chill ^o^ after all. diz is my asylum
RSS

Tuesday, November 18, 2008

SEORANG SAYA

tepat 3:20am. siap kemas majalah dan segala ilmu y ditulis di atas kayu. pindahkan dari 3kotak saiz tengah2, 1 kotak besar dan serata bilik ke dalam satu kotak bercap DELL yang dikutip di sebelah dewan kuliah beberapa bulan lepas. bagus!! aku ucapkan kepada diri sendiri. mata sangat berat, tapi masih tak boleh nak pejam sebab panas.

masa kemas2 tadi, terjumpa semula gmbar2 zaman matrik dulu2. dah lama terlupa kewujudan album kecil tu. tengok2 kejap, tetiba aku rasa aku patut buang semuanya. rasa malu pon ada bila tengok semula. aku ke dalam gambar tu? selepas berfikir dan tanya pendapat roomate, dia pun setuju supaya aku buang saja. bukan apa, barang2 aku akan disimpan di rumah yang bakal aku duduk lepas kawen nanti :) aku xmahu sebarang masalah timbul berpunca dari gmbar2 tu. aku dah ada hidup yang baru sekarang, dan aku suka hidup aku ini. aku mesti terus pandang depan dan fokus untuk kehidupan yang akan datang. lupakan cara hidup yang lama. akhirnya, gmbar2 itu mengambil tempatnya di dalam plastik giant dan esok aku akan hantar ke dalam tong sampah hitam di sebelah tandas.

1 kotak DELL yang penuh dengan buku dan kertas sangat berat. aku pasti memang aku tak akan mampu nak angkat kotak tu sorang2 turun dari tingkat 1 ni. nasib baik tingkat 1. kalau tingkat 4, memang aku akan turunkan kotak tu dari tingkap supaya dia terjun bebas. mesti dia gembira kalau tak gayat. hari khamis nanti, aku akan pastikan aku tidak berseorangan mengangkat kotak yang berat gile babi itu. b mesti tolong aku!

penat! letih! mana semua orang??

post pertama setelah bertahun2 membuka blog ini. semuanya kerana aku terlupa yang aku mempunyai akaun ini.

aku bakal merindui semuanya di sini
sini= bilik c4109, universiti aku yang x seberapa, kilang aka lab, bandar kuantan, tempat percutian, rumah emi, tilam aku yang semakin nipis.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No comments: