21:08 [ 17 FEB 09]
ni lagi satu perangai manusia yang aku pelik.
kau marah. aku tau kau mrah. kau senyap, aku sudah cukup faham kau marah.
kau marah tentang apa? aku tak akan tahu selagi kau tak cakap.
aku rasa, xperlu lah kau nak beritahu kau marah kepada semua orang dengan memberi daya yang tinggi kepada pedal minyak kereta kau.
kau tahu x, aku tak makan siang tadi? pagi jam 8 aku makan roti 2 keping. itu sahaja. ITU SAHAJA!.
dan sekarang, kau nak pamerkan kemarahan kau dengan memandu secara menggila, membabi hutan, mengikut kepala kau.
kau baru tahu kau punya marah kan? kau tak tengok lagi aku marah macam mana.
aku taw aku jenis manusia yang cool, susah orang nak tengok aku marah.
aku bukannya cool sangat. aku bukannya tidak pernah marah.
aku marah. tapi aku cuba untuk tidak menayang-nayang kemarahan aku kepada orang.
kalau orang nampak aku marah, itu memang aku dah tak mampu menahan.
tapi kalau dah 5kali seminggu aku kena hadapi mood kau yang membabi buta tu, apa cerita bai?
apa kau ingat menayang dan mempamerkan kepada orang yang kau sedang marah itu satu perilaku yang mampu membuat kau bertambah kacak? bertambah cantik?
kau jangan silap tentang itu. tiada siapa kelihatan cantik atau kacak ketika menayang muka marah dia tu.
aku yang lapar gila babi perut masuk angin kepala pusing-pusing ni amat marah sekarang.
aku patutnya lebih marah sebab aku lapar dan aku terpaksa mengadap kemarahan kau yang tidak kenal waktu itu.
aku benci. ok? aku benci.
aku marah tapi kenapa aku boleh buat semuanya mengikut 'order'. aku diam. aku tidak menekan pedal minyak sekuat hati.
ini memang kerana aku tiada pedal minyak untuk di tekan. tapi aku tak rasa aku akan melakukan seperti kau.
lebih2 lagi kau membawa orang lain bersama.
kalau aku mahu bertindak begitu, aku akan pastikan aku seorang berada di dalam kenderaan.
kalau berlanggar, aku seorang. kalau masuk hospital, aku. bukan ahli keluarga atau orang2 yang aku sayangi terlibat sama.
serius, aku hilang kesabaran sekarang. kalau kau kawan aku, memang aku akan tegur.
tapi kalau kau adalah orang yang aku kurang arif perangainya, memang aku berdiam diri.
kalau aku bantai tegur je, kalau kau meroyan. lebih laju kenderaan ini meluncur nanti.
aku risau akan membelah tiang pula.
akhirnya. aku masih diam. hanya mampu menulis di permukaan rata ini. meluah apa yang terbuku di hati.
aku terlalu berharap, kegembiraan aku selama ini akan muncul kembali.
pelangi akan menyinari kehidupan aku di lorong suram ini.
aku bosan. aku sendiri lagi.
baik aku makan coklat alas perut. tak de lah aku jangkit meroyan kau pulak lepas ni.
Wednesday, February 18, 2009
marahkan nyamuk, kelambu dibakar. bakar saja la bulu ketiak kau!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment