~a big thanx 4 droppin by 2 d spot where i shout, i curse, i'm bitchin9 n sumtimes i cry. doesn't mean to offend anybody. chill ^o^ after all. diz is my asylum
RSS

Thursday, November 20, 2008

MISSING D PAST

today, i will leave this room n never come back. i hope ;)
i must pass all subjects this semester so i could earn money for myself next year. yuhuuu..
saye sangat happy bile bayangkan dwet.dwet.haha

c4109
the room that keep me for the past few years. is it a year? 2 years? i'm not sure.
room with a very weird bed. so tinggi laa the bed. we never sleep on bed. so we take the mattress down on the floor and sleep there.
i have a wonderful roommates. the roommates that always cheer on each other. they have their own quality i think. oshin. she's such an understanding fella. she too hav doraemon voice. siyes.
sure ko gelak giloo shin kalo bace nih.
z. she is such a freaK! yes. she is. but i know that she hav a good heart. tho i always said that her heart is full with black dot. haha.
munajah. i just know her when we live in the same room. she is the great lover. i think. haha.
her house is near my dad village.

my other best buddies is emi n hani.
we will study together when there are test or final examination. we never study for quiz cuz we can just copy it from classmates. shooo lazy. we hang out together a lot! we shopping together. we had our meal together. we celebrated everybody birthdays together. we go to class together. we skip class together. we go to gym together. we didn't bath together. haha. there are so many things we've done together and will will totally affected me when we were part. i'm gonna miss all of them. definitely.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, November 19, 2008

~CINTA~ *wee..wee..weee*

pertama=1

pulaukan waktu aku buat posting. waktu itu gila.




kedua=2

aku juga gila. gila nak bercerita. gila nak menaip. post berturut2 dalam hari yang sama.



aku suka.




suka!! lihat.itu.aku.senyum.
senyum=suka=gembira

ini post tentang cinta. cinta? cinta yang aku alami. sekarang ini.

jika tidak suka cinta jenis aku, sila jauhkan mata dari sini.



sekarang. jam 2:01am, 19nov08



aku sangat gembira. b adalah lelaki yang tidak pernah menyatakan atau menunjukkan cemburu. walau sedikit. tapi malam ini lain. sangat lain.



b berkata tentang aku yang boros. ya. aku boros. dia yang kasihan. kerana menyayangi aku. yang boros.



tiba2, masuk topik lain. aku tak pasti ianya ada kaitan dengan boros atau tak.



sms kami. (sedikit tipu untuk kata ganti nama diri aku)


aku: tq sbb b yang selalu tlg saya.

b: b ni sayang awak dan ada cemburu taw. yang kuat lak tu. 90%

aku: cemburu yang 90%? sayang berapa % b? saya lg la syg b.he2

b: 9 je. ok lah. b da ngntuk. awak, b love u taw.

aku: syg 9% je? cemburu 90%? dasat tol. da kurang da sayang b pd saya. da. b g tdo.

aku: saya love b juge. mmuah..:*)

b: sorry awak. b tdo td. ok lh, gud nite.


b.yang.cemburu.*hehe


hehe.. aku sangat gembira. takut juga. cemburu lebih dari sayang? sangat xbagus. tapi aku tahu, b berfikiran rasional, lebih dari segalanya. terima kasih kepada b.


b mula cemburu, akhir2 ini. kerana aku akan tamat belajar dan mula latihan industri di subang jaya. agak jauh darinya. b risau aku tidak tetap pendirian. risaukan aku tidak pandai jaga diri. risau aku yang akan terpengaruh dengan anasir2 liar. b sangat risau.



aku juga. risau. resah. runsing.


b seorang di kuantan. aku bekerja di subang. tinggal di shah alam.

b suka mengacau perempuan. aku rasa, bergurau mungkin. ya. dia berperangai begitu. di depan aku. di belakang? aku tidak pasti. mungkin ya. mungkin tidak. tetapi aku yakin dengannya. dia tidak akan memusnahkan kepercayaan aku. apa yang membuat aku terlalu yakin? aku sahaja yang tahu. aku risau kerana, b akan keseorangan. b akan sendiri di hujung minggu. b akan duduk terperuk di dalam rumah. b akan berseorangan menjenguk rumah kami. b akan sendiri ke majlis kenduri kawen kawan2. kawan2 b, ramai yang telah berhijrah ke kl. b tidak mahu. ;)

aku harap kerja tidak akan membuat aku leka, tidak akan membuat aku terlupa b walau sekejap. aku tidak mahu kerja mengubah apa2 didalam hubungan kami. aku masih mahu ber sms setiap malam. setiap jam 12tengahari. setiap jam 3ptg. itu adalah waktu rehat b.


aku mahu berjumpa b setiap hujung miggu jika boleh. tapi, $ tidak mengizinkan. elaun yang aku dapat hanya rm300/rm350 sebulan! gila. aku nak makan apa.


ptptn tidak lagi sponsor aku. aku malas mahu mohon semula. biarkan.

b pula, pendapatan bulanan cukup2 untuk bayar segala bil dan duit belanja. untuk melawat aku di shah alam, mungkin akan mengganggu budget untuk hal lain. jika b datang berjumpa aku sebulan sekali pun, aku sangat gembira. aku sangat tidak mahu menyusahkan b. lagi2, b sedang menyimpan wang untuk perkahwinan kami nanti. *hehe* *aku ceria.*



aku janji kepada diri. aku akan setia. setia. setia!

itu janji aku. aku takut berjanji kepada orang lain.




amaran aku.



kepada:


latihan industri yang 3bulan.




jangan kau gugat cinta kami.



terima kasih.



lagi 1.


jangan kau nak jadi 6 bulan pula tiba2 nanti.




aku sayang hubungan kami.


kami telah bersama selama 4tahun 3 bulan 10 hari.

ini kami.

aku dan b. lain? ya. itu raya. aku tidak pndai pakai selendang seperti itu.
tapi tidak mengapa. b suka. raya tahun ini. kami beraya bersama. seronok kan? kami adalah telah bertunang pada 1.12.2007 lalu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUTA IT ITU MASALAH

aku, sedikit buta IT. agak banyak sebenarnya.
masalah yang baru aku kesan.
waktu aku post entry baru yang tertera di blogspot, tidak sama dengan waktu dunia sebenar.
seperti entry di bawah, malam yang kenyang. itu bermakna aku makan malam. mengapa waktu yang tertera adalah jam 9am? aku pelik. aku tidak tenang melihat waktu yang tertera.
siapa tahu penyelesaian untuk masalah ini? sila tolong ajar aku.
terima kasih.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MALAM YANG KENYANG

.ini.


malam ini. sangat malas mahu sambung kemas barang2.
lalu aku biarkan mereka bersepah di serata tempat. seperti itu.
aku mahu berehat. seperti tidak cukup rehat rasanya.
aku memang suka baring.


sepanjang hari ini, perut yang sedikit leper ini hanya diisi dengan 2 keping roti bakar. 1 rentung, 1 elok2 saja. SEDAP. kerana lapar gila. malam muncul, aku sangat lapar. mahu turun cafe? MALAS masih wujud di dalam diri. selapar mana pun aku, aku akan cuba untuk tidak turun ke cafe membeli makanan. makanan tidak sedap menambah rasa malas aku. di tambah lagi dengan kewujudan manusia berpakaian askar dimana2. aku takut.


ada orang mahu ajak keluar! makan! yes!! tapi, aku dan oshin belum mandi. die sudah mahu keluar. sekarang. okay. sila tolong tapaukan untuk kami. aku mahu nasi daging merah dan oshin bihun goreng. ya. oshin diet. tapi die tak mahu mengaku.

*padan muka oshin. aku buka rahsia kau* haha

selepas 2 jam, makanan sampai. aku bersemangat terus makan. daging merah adalah manis. xsesuai dengan selera. tapi, orang dah belikan. makan saja. KENYANG! alhamdulillah.
terima kasih kepada orang itu.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 18, 2008

BERSAMA MEMBUNUH MASA DENGAN GEMBIRA

sabtu, 15nov08.

tulisan kali ini adalah panjang berjela. jika tak mahu muntah, sila jangan baca.

keluar dari rumah emi, jam 5lebih. berkereta ke east coast mall untuk menjenguk2 struktur bangunan dan bermain2 di dalam fitting room kedai2. adakah butik? kedai.
setelah kena marah di BRAND SHOP, *ciss!!nak marah pulak. skati aku la kan.* shop=kedai. kami meneruskan perjalanan untuk membeli jagung di dalam cawan. sedap. makan di depan kedai athome, lalu keluar dari east coast mall untuk melawat tempat bersejarah lain iaitu Kuantan Megamall.

kami.yang.tiada.kerja

kami.lagi.lebih.bersedia.senyum!

pilih.pilih.pilih

masih.bosan.tiada.kerja

cuba.tapi.tidak.suka.gatal.

saja.gedik.gembira

angkat.tangan.snap.gambar

saya.gila.tidak

tidak.nampak.camera

sini paling bersejarah sebab 4tahun duduk kuantan, megamall adalah tempat yang dituju. east coast mall dibuka, belum sampai setahun. walaupun megamall tiada big apple, tiada padini, tiada mng outlet, tiada baskin robbin. ya. megamall memang kurang dari banyak segi. megamall juga adalah bangunan yang retak disana sini. dulu, aku ingatkan itu adalah corak yang cantik. bangunan berwarna hijau, ada corak senget2 disana sini berwarna putih. aku sempat suruh b cat rumah kami nanti corak seperti itu kerana kelihatan best. rupanya ianya adalah retak. *hmmph*

emi dan hafiz.makan

oshin.pegang.saja

hani.makan.ayam.bubur

aku? tiada dalam gambar kerana aku tukang ambil gambar orang makan dan aku makan tanpa gangguan. *peace*


di megamall, kami makan d mcD. ayam goreng sangat best. servis mcD mega x selembap mcD teluk cempedak. sangat celake mcD TC. aku benci! makan2, z pon sampai. memekak2 sekejap, lalu ber kelang kabut pergi watson untuk membeli berus gigi oshin dan hani. mereka x bawa sebab x plan nak tidur rumah emi. lepas beli berus gigi, kami turun ke parkson untuk mencari baju dan undergarment. semestinya kerana mereka tidak membawanya. x kan nak berjalan2 di bandar kuantan sampai membawa berus gigi dan baju2 segala. lepas pilih2, nak pergi bayar. ke kaunter 3, tutup lalu kami disuruh ke kaunter 2. sampai di kaunter 2, tutup juga lalu kami ke kaunter 1. nasib baik balum tutup. chelanat la kalau tutup juga. aku xpasti jika wujud kaunter 0 disitu.


emi yang pergi membeli tiket wayang mengatakan tempat duduk hanya tinggal di depan sahaja. kami tidak mahu! tidak sanggup mendongakkan kepala sebanyak 35 darjah untuk menonton quantum of solace. lalu, kami mengubah haluan untuk ke karoaoke box sahaja. tetapi, kami ramai. tidak muat untuk memampatkan molekul kami di dalam kotak kecil itu. hafiz menyatakan di centre point ada karaoke bilik2. lalu kami pun kesana. sebelum itu, aku harus meminta kebenaran untuk ke karaoke jenis itu. bukan apa. hanya tidak mahu kejadian awal tahun lepas berulang lagi. nanti jika ada masa terluang, akan aku ceritakan.


kami di karaoke centre point, tempat yang gelap, ramai pakcik2 dan akak2. seram juga. ada ruang yang luas dan sebiji tv tergantung. mereka menyanyi bergilir2 disitu. ada seorang akak dan pakcik, membawa budak2 kecil berbaju tidur. muka yang sangat mengantuk. mengapa membawa kanak2 ke tempat begitu pada waktu begini? jam 11:30pm. biarkan mereka. tapi memang kasihan kanak2 itu. owh. sebelum terlupa. mungkin akak itu merupakan ibu kanak2 tersebut. akak itu sempat mempamerkan aksi 'headbang' (aksi angguk2 kepala pusing2) semasa seorang pakcik menyanyikan lagu yang bervideo klip ganas. jam 11:30 kami dapat giliran masuk. b akan datang sekejap lagi.
*sangat gembira*
memilih lagu didalam gelap sangat sukar. senarai lagu yang tidak tersusun. tidak tahu lagu2 lama. tidak tahu tajuk lagu yang mahu dinyanyikan. susahnya untuk berkaraoke. 1jam=rm30. aku rasa sangat mahal. bilik dengan kerusi plastik dan sofa hijau yang sudah terasa kayu2nya. berhabuk. kami tetap menyanyi untuk cuba bergembira. akhirnya kami berjaya. walaupun silap tekan lagu. silap lirik. silap nada. kami nyanyi saja.

camera.atas.kereta.gmbar.gelap


panaskan.mulut

membaca.senarai.lagu

kami.kami.kami.lagi

mereka.emi.hafiz


pasangan.drama.peti.suara

b.gaya.sendiri.cucuk.hidung *wink*

hafiz.menyanyi.menghayati. *;)*

gila.x.gembira

ya.gila


suka.ceria.ada.cinta

hani.silakan.terbang.tinggi


banyak titik putih. ada orang kata, entiti? makhluk kecil? tapi b kata, habuk. kalau entiti, takut. kalau habuk? sial. aku bayar mahal, kau bagi bilik penuh dengan habuk! tiada makan dan minum. kayu sofa terasa mencucuk tulang bontot.

tiada.maksud.apa.apa

mereka.gembira

ini.ya.b.lapar.
aku ingatkan b membuat aksi yang mengumumkan aku sebagai juara. rupanya. salah. tangan aku bakal dimakan. tidak!
b memang belum makan malam itu. aku fikir b sanggup berlapar kerana tidak mahu ketinggalan menonton cerekarama di tv3. rupanya, b mahu menonton predator. tak tahu tv berapa.
sesi karaoke bersambung menjadi 2 jam.

------------------------------------------------------------------------------------------
kami sangat gembira kerana dapat berseronok bersama. memandangkan selepas ini, sangat susah untuk kami berkumpul semula. masing2 sudah ada komitmen sendiri. diharap kerja tidak akan menyekat kami untuk bersama semula.


LOVE will always be upon us.


**berkenaan tajuk entry kali ini. adakah membunuh boleh mendatangkan kegembiraan? ya. membunuh masa **

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEORANG SAYA

tepat 3:20am. siap kemas majalah dan segala ilmu y ditulis di atas kayu. pindahkan dari 3kotak saiz tengah2, 1 kotak besar dan serata bilik ke dalam satu kotak bercap DELL yang dikutip di sebelah dewan kuliah beberapa bulan lepas. bagus!! aku ucapkan kepada diri sendiri. mata sangat berat, tapi masih tak boleh nak pejam sebab panas.

masa kemas2 tadi, terjumpa semula gmbar2 zaman matrik dulu2. dah lama terlupa kewujudan album kecil tu. tengok2 kejap, tetiba aku rasa aku patut buang semuanya. rasa malu pon ada bila tengok semula. aku ke dalam gambar tu? selepas berfikir dan tanya pendapat roomate, dia pun setuju supaya aku buang saja. bukan apa, barang2 aku akan disimpan di rumah yang bakal aku duduk lepas kawen nanti :) aku xmahu sebarang masalah timbul berpunca dari gmbar2 tu. aku dah ada hidup yang baru sekarang, dan aku suka hidup aku ini. aku mesti terus pandang depan dan fokus untuk kehidupan yang akan datang. lupakan cara hidup yang lama. akhirnya, gmbar2 itu mengambil tempatnya di dalam plastik giant dan esok aku akan hantar ke dalam tong sampah hitam di sebelah tandas.

1 kotak DELL yang penuh dengan buku dan kertas sangat berat. aku pasti memang aku tak akan mampu nak angkat kotak tu sorang2 turun dari tingkat 1 ni. nasib baik tingkat 1. kalau tingkat 4, memang aku akan turunkan kotak tu dari tingkap supaya dia terjun bebas. mesti dia gembira kalau tak gayat. hari khamis nanti, aku akan pastikan aku tidak berseorangan mengangkat kotak yang berat gile babi itu. b mesti tolong aku!

penat! letih! mana semua orang??

post pertama setelah bertahun2 membuka blog ini. semuanya kerana aku terlupa yang aku mempunyai akaun ini.

aku bakal merindui semuanya di sini
sini= bilik c4109, universiti aku yang x seberapa, kilang aka lab, bandar kuantan, tempat percutian, rumah emi, tilam aku yang semakin nipis.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS